↧
Article 4
↧
Article 3
↧
↧
Article 2
↧
Perjalanan makhluk (kita) selepas kematian .
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum .
Haa ! Semua tahu kan apa itu hari Akhirat ? Kiamat ? Kita sebagai saudara sesama Islam ingin berkongsi something yang kita baru baca dari blog someone ni . Untuk peringatan diri sendiri juga . Pengetahuan kita dalam bab ni memang lemah sangat . Tapi apa salahnya kita belajar , dan kita cari . Dapat juga kita tahu even tak sedalam mana pun kan ?
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Astaghfirullah . Subhanaallah . Takutnya kan ? Jadilah kita mukmin yang baik . Doalah setiap masa supaya kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT tak kira samaada di dunia mahupun akhirat . Insyaallah . ameen :'|
↧
Article 0
↧
↧
Cerita di Kuantan
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum . Salam Sejahtera .
Nak mengadu sikit . Sadis sungguh hidup sekarang . Rasa macam setiap hari selepas bangun tidur atau masa nak tidur nak suruh roommate ketuk kepala pakai tukul . Boleh tak ? haha ! Kfine ta perlu layan statement tu . Uols apa habaq woi ? Nak tahu takk ? sekarang kaaannn , kita kaaaannn . . . dah belajar dekat IPT . Nak bagitahu , seronok sangat *tangan dibahu mata ke atas
Lamanya tak update apa-apa cerita kan ? Rindu saya tak ? HAA ? WHAT ? TAK RINDU ? ktape *tahan nangis . Sebenarnya bukan tak buka langsung blog ni . Buka then type , lepastu kawan panggil teman pegi kedai , stop kejap . Lepastu sambung type lagi , then tak ingat baju tak basuh lagi , stop . Lepastu jiwa kemalasan nak sambung tu datang tercungap-cungap hinggap kat jiwa . Stop lah sampai ke sudah .
Nak cerita lah sikit . Kita sambung belajar dekat Politeknik Sultan Haji Ahamd Shah , Semambu , Kuantan , Pahang (POLISAS) . Seronok tahu merantau jauh-jauh . Start 10/12/12 , seminggu kena hadap Minggu Transformasi Siswa (MTS) . Alaa , macam orientasi gitu . Azab oi nak lepas minggu tu . Then , selesai je seminggu tu , terus busy . Setiap hari ada kelas , tak henti-henti . Kelas pula start pagi pukul 08:00 pagi sampai lah pukul 05:00 petang . Langsung tak bagi peluang mimpi lama-lama .

Peace . Time ni family tercinta hantar kita pergi Pahang :') *terharu

Ain ni tetiba baik *kembangkan hidung
Petang sampai kat rumah uncle kita . Dia terus bawa pergi jalan-jalan sekitar Kuantan :')
Ni area dekat tempat kerja uncle kita :')
Puteri-puteri tercinta :')
Dah masuk tiga minggu abah and umi call cakap , "kakak asyik menangis je , tak tahu nak bercerita dekat siapa . " haha ! Rasakan lorh :'P

Peace ^_^ . Sebenarnya berdebar-debar pagi ni . Nak pergi daftar :)
Sampai-sampai je , terus serang ke kolej kediaman . Angkat barang , ambil kunci then naik lah bilik . Mula-2 masuk nmpak 2 orang roommate dengan muka yang paling manis tahu uols . Almaklumlaa , mereka lah bakal jadi adik beradik kat sini . Then kenal-kenal macam tu terus macam rasa kitorang satu kepala . Katil belah kanan kita dari Pineng , namanya Zakiah . Belah depan pula dari Pahang , nama Aiemah . And belah bertentangan sudut dinding pula dari Kelantan , namanya Syahira . Alhamdulillah , dapat roommate yang terbaik :'D

Dari kiri , Syiqin yang comel *silalah muntah dengan statement ni , Syahira (Sya) , Aiemah (Mia) and Zakiah (Kiah) .

Iols tahu yang iols ni bakal Perempuan Melayu Tercomel *Ludah lah kat gambar ni kalau nyampah . Haha !

Jumpa pung membe Kelate sore ni , Syira .
Nak tahu tak uols ? Kat sini kaaann , iols hidup bersahabat baik dengan Meon iaitu panggilan untuk si Kera . Kitorang kat sini harus mengurungkan diri dalam bilik 24 hours kalau tak nak Meon minta nombor hp kat sebelah . Haha . Padahal tadi Maruku Ikan kita kena curi dengan Meon . Cis ! Lesap sia-sia aje rm2 . Haha !
Akhirnya , belum terlambat rasanya untuk wish kat korang Happy New Year . Kita celebrate new year kat sini dengan kawan-kawan tanpa family . Sadis sungguh . And that day kan cuti , so keluar lah pergi Teluk Cempedak (TC) , jalan-jalan release tension bersama kawan-kawan dekat pantai .


Saya tanak lupa semua kenangan 2012 . Saya rindu . Saya menyesal . Saya berdoa . Saya mengharap . Saya kecewa . Saya kuat . Saya lemah , dan betul-betul hidup di dalam keadaan yang tak pasti :'|
tapi . . .
Saya nekd untuk Kuat . I need to be strong . InsyaAllah . Ameen .
TQ .
↧
Why Women Cry . . .
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Saya ada satu cerita ni . Hayatinya :')
A little boy asked his mother , “ Why are you crying ? “
“ Because I need to , ” she said .
“ I don’t understand , ” he said .
His Mom just hugged him and said , “ And you never will . “
Later the little boy asked his father , “ Why does mother seem to cry for no reason ? “
“ All women cry for no reason , ” his dad answered carelessly .
The little boy , still wondering why women cry , finally asked the old wise Shaikh (scholar) . “ He surely knows the answer ”, he thought. “ Ya Shaikh ! Why do women cry so easily ? “
The Shaikh answered:
“When Allah made the woman she had to be made so special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort. He gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that comes from her children. He gave her a hardness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining. He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her very badly. He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly. And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers.
You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart – the place where love resides .“
The little boy got the answer and never asked the question again .
c/p : Tumblr
↧
Serba sedikit cerita .
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamu'alaikum . Salam Sejahtera .
![]() |
Kawan ajar make up . Haha . Bakal secretery kannn :D |
Wah , lama betul tak update blog . Rinduuuu banget ! Lama tak lama dah dekat sebulan lebih jugak kot . Yuols tak rindu ite ke ? haha . Apa ? Tak ? Kfine ! Dah nak habis semester dah . Lagi dua bulan je lagi . Berdebar je bila fikir final exam ni . Lemah semangat . Ada dua paper je . Jangan jeless :p
Haa , course saya kat sini paling heaven berbanding course course lain yang ada kat Polisas ni . Belajar cantik cantik , belajar menaip dengan cara yang betul . Now , ite dah praktikkan untuk menaip kat blog tershinta ini .
Sekarang ite dah dapat suai kan diri dah . Betul betul jadi pelajar yang baik dah kat sini . Jangan terkejut kalau nampak ite jalan tunduk kepala . Haha . Tapi memang banyak beza belajar kat sekolah dulu dengan kat IPT ni . Dekat IPT ni rasanya 3 kali lebih setereh daripada belajar kat sekolah menengah dulu . Tapi nak tanak cuba untuk sukakan keseterehan itu .
Duduk Pahang ni , macam macam loghat boleh dengar . Ada Kelantan , Trerengganu , Pahang and ada juga sesat orang Pulau Pinang . haha . Orang tersebut ialah rumet ite sendiri . Haa , GUYS ! Nak cari wanita wanita cantik dan yang sopan santun macam perempuan melayu terakhir boleh cari kat sini . Ramai . Haha :)
Bulan Februari lepas (kira esok dah masuk satu haribulan 3) , ada seminggu cuti sempena Cuti Raya Cina and cuti pertengahan semester . Direct seminggu , semua jeles . Termasuk adik adik kita yang sekolah . Macam macam benda jadi . Nak cerita pun tak ingat . Tapi serius , rindu :'|
Lepas naik cuti mula busy dengan assignment , quiz , test , practical work , role play , presentation and so on . Mana tak stress . Lepastu Kolej Kediaman pula penuh je aktiviti tiap tiap minggu . Sebab tu ite cakap ite ni dah jadi pelajar yang baik . haha .
Dekat IPT ni baru ingat nak join MPP , konon nak jadi perwakilan pelajar lah . Haha . Tapi malas lagi lah . Macam tak yakin boleh bawa semua tu . By the way , setakat ni pasal pelajaran everything okay . Malah makin banyak dah belajar and makin banyak pengetahuan yang dapat .
Sampai ke hari ini semuanya berjalan lancar . Alhamdulillah . Haa , nak tahu tak ? Haritu kan , kat stadium dekat dekat sini ada game bola Pahang vs Kelantan . Saya penyokong setia Kelantan turut turun padang . Haha . Actually tipu je . Mana ada turun padang , just duduk atas kerusi dalam stadium je . Kalau turun padang dah tarik Apek ke , Daudsu ke ajak bergambar puas puas sampai semua orang jeles *kelip kelip mata .
![]() |
Ini namanya Suhadah . Asalnya dari Johor . Ini budak gemuk pun jadi part time penyokong Kelantan . Love you much <3 |
![]() |
Esoknya kami bertiga keluar shopping untuk release tension lah konon :p Pink tetiba :) |
Then , the end . Tak tahu nak cerita apa . Sebab kan dah lama asyik berniat nak update blog sikit , akhirnya muncullah entry ini tanpa sengaja :) Awak awak semua , maafkan saya jika saya ada buat salah dan silap . Halalkan makan minum saya dan segalanya . Saya manusia biasa yang langsung tak pernah and tak boleh lari dari membuat kesilapan .
" Makin lama kita kenal seseorang itu ,
makin banyaklah dugaannya ,
makin bertambahlah kenangan
bersama dan makin susah untuk melupakannya . "
Saya sedang mencipta kenangan baru bersama sama kawan kawan di sini :') :'(
rindu semua yang lepas :'(
↧